Aku Masih Dalam Kebahagiaan


Kisah ini bermula pada tahun 2006 di Sekolah kebangsaan Kota Bharu, pada masa itu aku masih dalam kegelapan,masih lagi tergelumang dengan kenakalan yang terlampau. Sebut saja nama aku,aku yakin semua cikgu kenal nama itu bukan kerana kejahatan tetapi kenakalan aku itu membuatkan nama aku sering melekat di bilik displin sekolah.Cikgu Rahim,cikgu Yaakob dan ustaz Musthapa tidak akan sesekali aku terlupa akan nama cikgu-cikgu yang sering menghukum aku. "Zaaaassss" bunyi rotan ditujukan pada badan aku.. jika aku mengingati peristiwa ini,membuatkan aku tersenyum panjang kerana aku sepatutnya berterima kasih kepada mereka,aku tahu tujuan mereka ingin menyedarkan aku kerana sering kali melanggar peraturan sekolah. Orang datang ke sekolah mahu belajar tapi aku? buat sekolah itu tempat aku bermain dengan kawan-kawan senakal dengan aku.

Semakin hari aku merasakan diri aku ini sedang berubah,mungkin aku mula sedar tujuan aku pergi ke sekolah. aku bukan pelajar yang bijak atau "ulat buku",alaa... tak pernah aku baca buku,lau baca pon time nak exam jelaa" kik3.. Balik kepada cerita asal.. Assalamualaikum cikgu",ucapan itu tiap kali aku lafazkan semasa cikgu masuk..hahahaha,nakal-nakal aku pon,aku ketua tingkatan taww..hee.. Masa itu awal tahun 2006,ramai pelajar baru yang aku tidak kenal tapi aku tak kisah pon. Pagi itu,aku merenung ke arah penjuru pintu belakang kelas tanpa tidak sengaja aku terpandang ke arah budak perempuan yang "familiar" aku pernah tengok. "wehh..try mung tengok,tino tuh po syapik dokto la,adik tino yo kot" kata aku kepada sahabat baik aku.

Peristiwa itulah yang menjadi tanda tanya,siapakan perempuan itu.

Seperti biasa,pukul 2.10 petang waktu pulang. Entah dari mana datang niat aku ingin menyelongkar meja perempuan itu,aku kan nakal..hahahaha. Terjumpa sebuah buku catatan milik perempuan itu yang bernama Noor Shazwani. Owhh,nama dia wanie..kik3.Kusyuk aku membelek tiap muka surat buku itu,terbaca satu catatan nombor telepon.Tak terfikir pon aku nak ambil nombor dia tu..hahahaha. Di rumah,malam itu terdetik aku untuk menghantar sebuah mesej pendek kepada perempuan itu "kirim salam kat mak ko kutung!",dalam masa yang sama, aku baru tahu budak perempuan itu anak kepada ustazah kutung yang pernah mengajar aku semasa aku ditingkatan 3.

Keesokkan hari awal pagi persekolahan,aku terkejut kerana mendapat satu nota di dalam laci meja sekolah, "mana ko dapat nombor aku ha??" rasanya panjang lagi tapi aku tak ingat sudah.. dari seorang gadis yang bernama wanie,itu saja orang yang aku syak yang menghantar sepucuk nota ringkas.Rupa-rupanya dia sudah tahu nombor telepon aku, "adehh..kantoi sudah". Selepas peristiwa itulah aku dengan dia telah menjadi kawan,pada peringkat awal biasa-biasa saja. Lama-kelamaan semakin rapat. Jangan salah faham,aku tidak berniat hendak mengorat dia pon,lagi pon pada masa itu dia sudah berpunya dan aku pon sudah menyukai orang perempuan lain. Aku sering meluahkan perasaan,cerita tentang kehidupan aku pada dia.Keluahan dan rintihan perasaan aku menceritakan kisah cinta aku pada dia tidak pernah membosankan dirinya,malahan dia selalu menasihati dan memberi pandangan akan masalah yang aku sering hadapi ini.Thanks,aku amat berterima kasih.Aku malas nak cerita kisah aku dengan gadis sebelum ini,sebab aku sendiri pon tidak faham tentang hubungan sebenar aku dengan dia. Mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan.Lagi pon,dia tidak pernah memberi sebarang maklum balas rasa cinta aku pada dia.Sejak itu,aku mula berfikir sedalam-dalamnya. Dan ada yang salah faham bahawa hadirnya watak wanie ini sebagai seorang perampas?? bagi aku tidak sama sekali.Sebab dia aku kenal kasih sayang dari seorang kawan,sebab dia jugalah aku melangkah jejak ke alam dewasa.

Setelah beberapa bulan aku mengenali wanie dalam hidup aku,aku rasa diri aku makin disayangi. Ahhhh..mungkin itu hanya perasaan aku. Dia dah berpunya kenapa aku hendak mencintai dirinya? Hemmm.. Aku mula berfikir,bahawa dia betul-betul mengambil berat akan diri aku sedangkan di dalam hati aku memikirkan perempuan yang aku suka sebelum hadirnya wanie dalam hidup aku.Aku buntu.

Pada 17 september 2006,aku telah membuat keputusan. Pada masa itulah aku melafazkan aku semakin menyayangi dan ingin mencintai dia, sedangkan aku masih menyayangi perempuan lain. Itu tidak penting, "tak kenal maka tak cinta" mungkin aku menyahut cabaran ini,memaksakan diri aku menyayangi seorang gadis yang baru menjelajahi alam kehidupan aku.Aisehhh..lupa pulak,masa itu dia sudah single,entah macam mana dia dengan teman lelakinya boleh berpisah.Abaikan.

Ternyata sudah beberapa tahun,aku berjaya mencintai dirinya. Kini,aku tetap bahagia di sisinya walaupun pelbagai rintangan kami lalui. Persoalannya,mampukah aku ingin memiliknya sampai ke jinjang pelamin? mampukah aku mengekalkan rasa cinta ini berterusan hingga ke akhir hayat hidup aku? Aku seorang manusia biasa seringkali melakukan kesalahan dan kesilapan.Aku yakin semua manusia begitu,tidak ada seseorang pon yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan ini.Aku dan dia hanya mampu merancang,DIA sepenuhnya menentukan. Aku hanya mampu berdoa dan menikmati saat ini kerana aku masih dalam kebahagiaan di sisinya.



7 comments:

  1. simple n....juz nice
    da w0rd..banner
    muzik ape ni ek

    ReplyDelete
  2. nak tnye
    awak yg `DA LAME CREATE BLOG` nii
    emnn
    lpas bl0gsp0t wat f0rmat baru
    `design` not cust0mize n bla3
    i cant chnge my size, clour..for my page f0nt
    h0w3...??

    ReplyDelete
  3. xkai banner2 loa,just java scripts hide background muzik, nk change front kew pape, in kt templat design. thn in advanced setting xsilap.. tryla.. slmt mencube..

    ReplyDelete
  4. x slamat tuk d`cuba
    sy da in smue tuuu sbl0m ni
    tp xle tuk tmplate pe tah
    satu hape p0n xle edit daaaaa
    eiiiiii
    ksian bl0g sy

    ReplyDelete
  5. owhh.. mayb ur templat is permanent, so must edit in html.. so,ask pacik google yew.. ^^,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.