Sebalik Senyuman


Aku tersenyum,
memikirkan saat ini...
setelah terbang jauh dari tanah kelahiran ku,
dan tersenyum nasib yang bakal aku hadapi nanti,
memikul tanggungjawab aku sebagai anak dan masih bergelar mahasiswa..
sungguh besar tanggungjawab itu buat aku..
MAMPUkah aku?
"Dapatkah aku memikul semua ini?"
pada masa yang sama.. hadir pelbagai masalah ..
yang aku sendiri tidak mampu untuk memikulnya.

Dan juga aku tersenyum,
imbas kembali tujuan aku ke sini,
membawa seribu harapan seseorang..
yang bergelar kononnya "cinta sejati",
Sebaliknya, aku terlantar di sini,
sepi seorang diri di bumi kenyalang ini..

Dalam hal ini,
aku tidak sesekali persalahkan takdir ilahi,
sebaliknya, aku redha dengan hati terbuka..
menerima nasib aku terdampar di sini,
Alhamdulillah, DIA sentiasa bersama aku..
dan berkat doa ibunda tersayang ku, jauh dari selatan sana.
Aku masih KUAT dan MAMPU..
tidak sesekali aku berputus asa..
dengan harapan, membawa sinar cahaya dunia~







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.